Saturday, April 28, 2012

sabarlah duhai hatiku

Assalamualaikum , astarfirullahalazim dah lama sangat agaknya era
tak update blog n sgalanya di pondok kecil lagi usang ini , hehe
smenjak menjejakkan kaki ke Politeknik sampai la dah habis sem1 ni baru rasanya ada terdetik nak update blog untuk kesekian kalinya.hehe jangan marah , busy sikit la katakan :)

Aduhai tengok tittle  pon dah sadis kan, mcm tu la ceritanya era dua tiga hari ni , sayu sangat bila masalah dtg bertubi2 dan hanya Allah s.w.t sahaja dapat mgetahui , susah bila kita nak puaskan hati semua orang kan ? walau mcm mana skali pon hidup perlu diteruskan , era kena kuat ! era kena tabah ! kata2 tu la kekuatan era slama ni. Hanya maha pencipta dapat mndengar tangisan sbenar daripada lubuk hati era , dan dia sahaja lah yg dapat menjudge sgala prbuatan era slama era hidup ni.

Sedih...terlalu sedih bila mngenangkan nasib kita, masalah datang brtubi2 tapi hanya satu kita kena percaya pada ilahi iaitu "Apabila kita diturunkan ujian kita kena sedar bahawa Tuhan itu sayang pada kita". Ya Allah kau kuatkan semangat aku sbagai hambamu yang selalu lalai ya Allah. Hanya tuhan dpt mndengar sgala rintihan dan doa yg kita taburi, jangan sesekali putus asa kerana disitu kita dapat lihat kekuatan iman kita.
Alhamdulillah ! itu saja yg dapat era katakan untuk menenagkan hati yg sedang dilanda musibah, menangislah duhai hatiku agar kau puas untuk meluahkan sgalnaya yg kau simpan agar ia tidak berapi di dalam menjadi bara  dendam kesimat. sayup di hujung tangisan keluar satu perkataan agar dapat menenangkan kembali segala emosi di dalam fikiran "SABARLAH DUHAI HATIKU" . 
Kita kena percaya yg dugaan tu dtg pd setiap org yg diciptakan oleh Allah s.w.t , sbb tu la hakikat dan realitinya. sanggup atau tak kita kena hadapi dengan tabah dan tenang. Banyak aspek yg mmbuatkan kita diruntun kesihan terutamanya "CINTA" !!! hanya takdir dapat menentukan sgalanya , PERCAYALAH ! Allah s.w.t itu maha adil , percayala kalau ada jodoh tidak kemana sesebuah hbungan itu , apabila kita mencintai , menyayangi dan mengasihi tak semestinya kita akan memilikinya....SEKIAN :'(




No comments: