Monday, June 10, 2013

Ayah pergi jua

                                Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca  :)
                                   

8.00 pagi bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Era bangun pagi macam biasa , basuh muka, kemas-kemas umah, mandi bersiap nak pergi kuala kangsar awal walaupun tiket bus era haritu pukul 2.30p.m sebab era nak cari kedai repair lappy dan takut tak sempat. Seawal pukul 10.45 pagi era bertolak dari umah ke kuala kangsar tapi sebelum tu era sempat salam tangan mak dan ayah , tak tahu kenapa rasa sayu dan berat hati nak balik aritu sebab dalam dua tiga hari sebelum era nak balik Subang umah akak, era perasan sikap ayah lain sangat sampaikan mak pon perasan. Sehari sebelum era nak balik mak ada cakap "nampak ayah dua tiga hari ni lain , monyok je tak tahu kenapa " . Seminggu era teman mak ayah dikampung sebab kakak ipar era tak ada balik kampungnya di kelantan dan dalam masa seminggu tu era tak nampak ayah jamah sedikit nasi pon , ayah hanya makan ubat yang doktor bagi sebab ayah ada penyakit penat sejak dulu lagi. Pada malam 2hari sebelumnya era nampak ayah turun dari rumah ke dapur , era harapkan ayah makan sup sayur yang era masak petang tu tapi ayah hanya turun untuk makan ubat di dapur . Era hanya perhatikan ayah . Lepas ayah makan ubat, era nampak ayah tersenggukkan kepalanya di atas meja makan dengan meletakkan tanngan di atas meja dan kepalanya ke atas tangan. Era hanya memerhatikan sahaja sebab tak tahu nak buat apa , tak lama kemudian ayah mula bangun dan berjalan menuju ke atas rumah . Era cuma fikir ayah tak ada apa2 mungkin sebab penyakit penatnya.


10.45 pagi bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Era salam tangan mak dan terus keluar pakai kasut , tiba2 nampak ayah bawah rumah , mungkin ayah nak pergi mandi kot sebab nampak ayah pakai tuala je , era terus pergi kat ayah salam dan cium tangan ayah sambil era cakap kat ayah "ela nak balik dah" , ayah hanya menganggukkan kepala sambil menghulurkan tangan. Sampai di kuala kangsar dalam pukul sebelas lebih era melilau cari kedai lappy dgn teman era tapi nampak gayanya lappy era rosak teruk dan ambil masa nak siapkan , so dengan masa yang ada era pergi makan dan jalan2.


2.30 petang bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Bus yang era naik mula bertolak menuju ke Kuala Lumpur , era turun di Pudu Raya sebab era nak balik rumah kakak era di Subang. Dalam perjalanan era cuma tidur dalam bus sampai tak sedar yang era dah sampai di Perhentian bus Jalan Duta dan kat situ era kena tukar bus untuk ke Pudu Raya. Semasa perjalanan nak menuju ke Pudu Raya jalan tersangatlah sesak sehingga kena ambil masa yang agak lama nak sampai. Dalam perjalanan nak ke Pudu Raya era menerima satu call daripada kakak era , era just jawab macam biasa dan dalam tengah2 geram sebab dalam kesesakan era terdengar sayu suara kakak era tanya era dekat mana dan era jawab masih on the way sebab jalan sesak nak ke Pudu Raya , kakak era hanya menyambung ayatnya dengan berkata "ayah dah takda , ayah dah meninggal dunia petang tadi". Era terdiam dan terus meletakkan panggilan tersebut tanpa ucapan atau kata apa2 pada kakak era. Tiba2 rasa hangat dipipi mengalirnya air mata tanpa sedar , era menggap itu mimpi tapi sebenarnya itu realiti , hati era terlalu sayu , sedih , ayah yang era selalu melawan cakap dan bertengkar akhirnya telah pergi buat selamanya. Dalam hati era hanya mampu berkata 'ayah ampunkan segala dosa dan halalkan makan minum era selama ni ". Sampai di Pudu Raya kakak era datang ambil era dan bergegas balik subang , dan sampai je subang era cepat2 siap sebab semua adik beradik era dah berkumpul nak bertolak balik ke Perak sama2.


4.00 pagi bersamaan 1 Jun 2013 :
       Era dengan semua adik beradik era sampai di kampung , era masuk rumah dan dapat lihat suasana yang hambar , sedih menyelubungi kami semua . Era dan kakak naik ke atas rumah untuk melihat jenazah ayah , abang era membuka kain yang menutup muka ayah , era menatap muka ayah , Ya Allah terlalu sedih hati ini ,     era terus turun pergi ambil air sembahyang dan naik semula untuk membacakan Surah Yassin kepada arwah ayah , dalam keadaan teresak2 era cuba menyebut ayat2 suarah yassin tersebut dengan lancar dan cuba menghabiskannya walaupon setiap baris dan kata tersekat2 seiringan dengan air mata yang mengalir . Selepas lebih kuarng pukul 8.00 pagi orang kampung dan sedara mara belah ayah dan mak mula datang menziarahi sehinggalah tengah hari jenazah ayah telah dimandikan dan dikafankan.


12.00 tengah hari bersamaan 1 Jun 2013 :
         Jenazah ayah selamat disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Kuak . Selepas selesai disembahyangkan , jenazah ayah telah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran kampung era . Jenazah ayah selamat dikebumikan dengan mudah dengan izin Allah SWT . Era , kakak , dan abang2 menaburkan wangi2an daun pandan ke pusara ayah dengan curahan air.

Selepas selesai segalanya , pada malam tersebut diadakan majlis tahlil selama dua malam. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman , AMIN :')



Sunday, March 31, 2013

                  Assalamualaikum , salam sejahtera & selamat malam ^_^


hye korang sume blogger2 dan pembaca sekalian , apa khabar ?
Harap sihat sejahtera , peace :)

Semalam era dan 2orang kakak serta 3orang anak buah era hangout ke Setia Alam City Mall coz anak buah era ada masuk peraduan bola kampung dekat fb n rezeki die dah menang 6tiket wayang bola kampung,
So, pada posting kali ni era nak share beberapa picture2 semasa kitorang bersiar2 dekat sana :)
Seriously , taman die cantik sgt mcm taman dekat KLCC tuhhh ^_^.
Apa lagi, jom lahh kita ushar picture2 kat sana , tp byk yg interpremmm je lebih , sorry yeahhh :p



kakak era
achik eda :)



pemandangan air pancut pada waktu malam , CANTIK!



Era, dah pkul 12.00 waktu ni
muka penat je :(













yg baju biru tu kakak era jugak :)
Norhaniza Hamzah 














Nadiatul Husna



Nurmaisarah (baju hijau ) ^_^



















 Iqmal hakim (baju hitam)  >.<"




Minta maaf lahhh sebab ada picture yg kabur2 , tangan tak bedung yg snap tu , HAHA !


okay , thats all . Thank you :)

PUBLISH !

Friday, March 29, 2013

Tiada kasih tiada cinta :'(

                                          Assalamualaikum ..


I'm just want to sharing one video to our blogger and my blog follower :)     

               


                                   

                                        thank you for watching :')

Wednesday, February 6, 2013

Assalamualaikum korang :)

Halloooo (,")
Hmmmm ! pelik sgt sejak dua mnjak ni, macam2 jadikk kat aku..
byk ujian dan cobaan yg aku terima sampaikan rasa down dan blurr otak aku ni..
Ya Allah, duhai hati La Tahzan (jangan bersedih) selagi masih ada kekuatan yg Allah beri..

Terlalu byak sgt benda yg buat aku terasa..ada yg cakap aku dah tenbamm lahhh but bnda tu bukan motif aku sedih , hehe :p
Butttt one thing yg aku tak boleh terima bila ada orang cakap aku suka terover lebihla and paling aku sakit hati ada orang cakap aku " GEDIK " !!! WHY? WHY? WHY?





haha, ni baru namanya gedik ! (sore eye)
aku blom kategori mcm ni lagi k...





Nevermind lhahhh kan, setiap insan xlari drp bt ksilapan, aku tak rasa over dan gedik tu satu kesilapan tetapi tu adalah satu sikap or perangai seseorang.
Ada hamba Allah ni pnah cakap pada aku, sesungguhnya insan yg banyak ketawa dan senyum dihadapan org lain sbenarnya byak menangis apabila keseorangan. Aku menganggap itu satu teori yg sgt bagus, sbb aku sendiri mengalaminya.

Dan...for today birthday org yg aku syg but takda  makna sume tu utk hari ni sbb ada la sbb2 yg xpatut dishare kan...
hmm...bukan mudah kita nak bg peluang dekat org tambah2 lagi bila hati dah kecewa and then perasaan kita dorg buat like a bitch je ! (ooopppsss sorryy )

Mungkin...ada hikmah disebalik sume ni..
sabar wahai hati for ending that post !

okay , PUBLISH :)