Monday, June 10, 2013

Ayah pergi jua

                                Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca  :)
                                   

8.00 pagi bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Era bangun pagi macam biasa , basuh muka, kemas-kemas umah, mandi bersiap nak pergi kuala kangsar awal walaupun tiket bus era haritu pukul 2.30p.m sebab era nak cari kedai repair lappy dan takut tak sempat. Seawal pukul 10.45 pagi era bertolak dari umah ke kuala kangsar tapi sebelum tu era sempat salam tangan mak dan ayah , tak tahu kenapa rasa sayu dan berat hati nak balik aritu sebab dalam dua tiga hari sebelum era nak balik Subang umah akak, era perasan sikap ayah lain sangat sampaikan mak pon perasan. Sehari sebelum era nak balik mak ada cakap "nampak ayah dua tiga hari ni lain , monyok je tak tahu kenapa " . Seminggu era teman mak ayah dikampung sebab kakak ipar era tak ada balik kampungnya di kelantan dan dalam masa seminggu tu era tak nampak ayah jamah sedikit nasi pon , ayah hanya makan ubat yang doktor bagi sebab ayah ada penyakit penat sejak dulu lagi. Pada malam 2hari sebelumnya era nampak ayah turun dari rumah ke dapur , era harapkan ayah makan sup sayur yang era masak petang tu tapi ayah hanya turun untuk makan ubat di dapur . Era hanya perhatikan ayah . Lepas ayah makan ubat, era nampak ayah tersenggukkan kepalanya di atas meja makan dengan meletakkan tanngan di atas meja dan kepalanya ke atas tangan. Era hanya memerhatikan sahaja sebab tak tahu nak buat apa , tak lama kemudian ayah mula bangun dan berjalan menuju ke atas rumah . Era cuma fikir ayah tak ada apa2 mungkin sebab penyakit penatnya.


10.45 pagi bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Era salam tangan mak dan terus keluar pakai kasut , tiba2 nampak ayah bawah rumah , mungkin ayah nak pergi mandi kot sebab nampak ayah pakai tuala je , era terus pergi kat ayah salam dan cium tangan ayah sambil era cakap kat ayah "ela nak balik dah" , ayah hanya menganggukkan kepala sambil menghulurkan tangan. Sampai di kuala kangsar dalam pukul sebelas lebih era melilau cari kedai lappy dgn teman era tapi nampak gayanya lappy era rosak teruk dan ambil masa nak siapkan , so dengan masa yang ada era pergi makan dan jalan2.


2.30 petang bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Bus yang era naik mula bertolak menuju ke Kuala Lumpur , era turun di Pudu Raya sebab era nak balik rumah kakak era di Subang. Dalam perjalanan era cuma tidur dalam bus sampai tak sedar yang era dah sampai di Perhentian bus Jalan Duta dan kat situ era kena tukar bus untuk ke Pudu Raya. Semasa perjalanan nak menuju ke Pudu Raya jalan tersangatlah sesak sehingga kena ambil masa yang agak lama nak sampai. Dalam perjalanan nak ke Pudu Raya era menerima satu call daripada kakak era , era just jawab macam biasa dan dalam tengah2 geram sebab dalam kesesakan era terdengar sayu suara kakak era tanya era dekat mana dan era jawab masih on the way sebab jalan sesak nak ke Pudu Raya , kakak era hanya menyambung ayatnya dengan berkata "ayah dah takda , ayah dah meninggal dunia petang tadi". Era terdiam dan terus meletakkan panggilan tersebut tanpa ucapan atau kata apa2 pada kakak era. Tiba2 rasa hangat dipipi mengalirnya air mata tanpa sedar , era menggap itu mimpi tapi sebenarnya itu realiti , hati era terlalu sayu , sedih , ayah yang era selalu melawan cakap dan bertengkar akhirnya telah pergi buat selamanya. Dalam hati era hanya mampu berkata 'ayah ampunkan segala dosa dan halalkan makan minum era selama ni ". Sampai di Pudu Raya kakak era datang ambil era dan bergegas balik subang , dan sampai je subang era cepat2 siap sebab semua adik beradik era dah berkumpul nak bertolak balik ke Perak sama2.


4.00 pagi bersamaan 1 Jun 2013 :
       Era dengan semua adik beradik era sampai di kampung , era masuk rumah dan dapat lihat suasana yang hambar , sedih menyelubungi kami semua . Era dan kakak naik ke atas rumah untuk melihat jenazah ayah , abang era membuka kain yang menutup muka ayah , era menatap muka ayah , Ya Allah terlalu sedih hati ini ,     era terus turun pergi ambil air sembahyang dan naik semula untuk membacakan Surah Yassin kepada arwah ayah , dalam keadaan teresak2 era cuba menyebut ayat2 suarah yassin tersebut dengan lancar dan cuba menghabiskannya walaupon setiap baris dan kata tersekat2 seiringan dengan air mata yang mengalir . Selepas lebih kuarng pukul 8.00 pagi orang kampung dan sedara mara belah ayah dan mak mula datang menziarahi sehinggalah tengah hari jenazah ayah telah dimandikan dan dikafankan.


12.00 tengah hari bersamaan 1 Jun 2013 :
         Jenazah ayah selamat disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Kuak . Selepas selesai disembahyangkan , jenazah ayah telah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran kampung era . Jenazah ayah selamat dikebumikan dengan mudah dengan izin Allah SWT . Era , kakak , dan abang2 menaburkan wangi2an daun pandan ke pusara ayah dengan curahan air.

Selepas selesai segalanya , pada malam tersebut diadakan majlis tahlil selama dua malam. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman , AMIN :')



No comments: