Monday, June 10, 2013

Ayah pergi jua

                                Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca  :)
                                   

8.00 pagi bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Era bangun pagi macam biasa , basuh muka, kemas-kemas umah, mandi bersiap nak pergi kuala kangsar awal walaupun tiket bus era haritu pukul 2.30p.m sebab era nak cari kedai repair lappy dan takut tak sempat. Seawal pukul 10.45 pagi era bertolak dari umah ke kuala kangsar tapi sebelum tu era sempat salam tangan mak dan ayah , tak tahu kenapa rasa sayu dan berat hati nak balik aritu sebab dalam dua tiga hari sebelum era nak balik Subang umah akak, era perasan sikap ayah lain sangat sampaikan mak pon perasan. Sehari sebelum era nak balik mak ada cakap "nampak ayah dua tiga hari ni lain , monyok je tak tahu kenapa " . Seminggu era teman mak ayah dikampung sebab kakak ipar era tak ada balik kampungnya di kelantan dan dalam masa seminggu tu era tak nampak ayah jamah sedikit nasi pon , ayah hanya makan ubat yang doktor bagi sebab ayah ada penyakit penat sejak dulu lagi. Pada malam 2hari sebelumnya era nampak ayah turun dari rumah ke dapur , era harapkan ayah makan sup sayur yang era masak petang tu tapi ayah hanya turun untuk makan ubat di dapur . Era hanya perhatikan ayah . Lepas ayah makan ubat, era nampak ayah tersenggukkan kepalanya di atas meja makan dengan meletakkan tanngan di atas meja dan kepalanya ke atas tangan. Era hanya memerhatikan sahaja sebab tak tahu nak buat apa , tak lama kemudian ayah mula bangun dan berjalan menuju ke atas rumah . Era cuma fikir ayah tak ada apa2 mungkin sebab penyakit penatnya.


10.45 pagi bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Era salam tangan mak dan terus keluar pakai kasut , tiba2 nampak ayah bawah rumah , mungkin ayah nak pergi mandi kot sebab nampak ayah pakai tuala je , era terus pergi kat ayah salam dan cium tangan ayah sambil era cakap kat ayah "ela nak balik dah" , ayah hanya menganggukkan kepala sambil menghulurkan tangan. Sampai di kuala kangsar dalam pukul sebelas lebih era melilau cari kedai lappy dgn teman era tapi nampak gayanya lappy era rosak teruk dan ambil masa nak siapkan , so dengan masa yang ada era pergi makan dan jalan2.


2.30 petang bersamaan 31 Mei 2013 Jumaat : 
       Bus yang era naik mula bertolak menuju ke Kuala Lumpur , era turun di Pudu Raya sebab era nak balik rumah kakak era di Subang. Dalam perjalanan era cuma tidur dalam bus sampai tak sedar yang era dah sampai di Perhentian bus Jalan Duta dan kat situ era kena tukar bus untuk ke Pudu Raya. Semasa perjalanan nak menuju ke Pudu Raya jalan tersangatlah sesak sehingga kena ambil masa yang agak lama nak sampai. Dalam perjalanan nak ke Pudu Raya era menerima satu call daripada kakak era , era just jawab macam biasa dan dalam tengah2 geram sebab dalam kesesakan era terdengar sayu suara kakak era tanya era dekat mana dan era jawab masih on the way sebab jalan sesak nak ke Pudu Raya , kakak era hanya menyambung ayatnya dengan berkata "ayah dah takda , ayah dah meninggal dunia petang tadi". Era terdiam dan terus meletakkan panggilan tersebut tanpa ucapan atau kata apa2 pada kakak era. Tiba2 rasa hangat dipipi mengalirnya air mata tanpa sedar , era menggap itu mimpi tapi sebenarnya itu realiti , hati era terlalu sayu , sedih , ayah yang era selalu melawan cakap dan bertengkar akhirnya telah pergi buat selamanya. Dalam hati era hanya mampu berkata 'ayah ampunkan segala dosa dan halalkan makan minum era selama ni ". Sampai di Pudu Raya kakak era datang ambil era dan bergegas balik subang , dan sampai je subang era cepat2 siap sebab semua adik beradik era dah berkumpul nak bertolak balik ke Perak sama2.


4.00 pagi bersamaan 1 Jun 2013 :
       Era dengan semua adik beradik era sampai di kampung , era masuk rumah dan dapat lihat suasana yang hambar , sedih menyelubungi kami semua . Era dan kakak naik ke atas rumah untuk melihat jenazah ayah , abang era membuka kain yang menutup muka ayah , era menatap muka ayah , Ya Allah terlalu sedih hati ini ,     era terus turun pergi ambil air sembahyang dan naik semula untuk membacakan Surah Yassin kepada arwah ayah , dalam keadaan teresak2 era cuba menyebut ayat2 suarah yassin tersebut dengan lancar dan cuba menghabiskannya walaupon setiap baris dan kata tersekat2 seiringan dengan air mata yang mengalir . Selepas lebih kuarng pukul 8.00 pagi orang kampung dan sedara mara belah ayah dan mak mula datang menziarahi sehinggalah tengah hari jenazah ayah telah dimandikan dan dikafankan.


12.00 tengah hari bersamaan 1 Jun 2013 :
         Jenazah ayah selamat disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Kuak . Selepas selesai disembahyangkan , jenazah ayah telah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran kampung era . Jenazah ayah selamat dikebumikan dengan mudah dengan izin Allah SWT . Era , kakak , dan abang2 menaburkan wangi2an daun pandan ke pusara ayah dengan curahan air.

Selepas selesai segalanya , pada malam tersebut diadakan majlis tahlil selama dua malam. Semoga roh arwah ayah ditempatkan dikalangan orang2 beriman , AMIN :')



Sunday, March 31, 2013

                  Assalamualaikum , salam sejahtera & selamat malam ^_^


hye korang sume blogger2 dan pembaca sekalian , apa khabar ?
Harap sihat sejahtera , peace :)

Semalam era dan 2orang kakak serta 3orang anak buah era hangout ke Setia Alam City Mall coz anak buah era ada masuk peraduan bola kampung dekat fb n rezeki die dah menang 6tiket wayang bola kampung,
So, pada posting kali ni era nak share beberapa picture2 semasa kitorang bersiar2 dekat sana :)
Seriously , taman die cantik sgt mcm taman dekat KLCC tuhhh ^_^.
Apa lagi, jom lahh kita ushar picture2 kat sana , tp byk yg interpremmm je lebih , sorry yeahhh :p



kakak era
achik eda :)



pemandangan air pancut pada waktu malam , CANTIK!



Era, dah pkul 12.00 waktu ni
muka penat je :(













yg baju biru tu kakak era jugak :)
Norhaniza Hamzah 














Nadiatul Husna



Nurmaisarah (baju hijau ) ^_^



















 Iqmal hakim (baju hitam)  >.<"




Minta maaf lahhh sebab ada picture yg kabur2 , tangan tak bedung yg snap tu , HAHA !


okay , thats all . Thank you :)

PUBLISH !

Friday, March 29, 2013

Tiada kasih tiada cinta :'(

                                          Assalamualaikum ..


I'm just want to sharing one video to our blogger and my blog follower :)     

               


                                   

                                        thank you for watching :')

Wednesday, February 6, 2013

Assalamualaikum korang :)

Halloooo (,")
Hmmmm ! pelik sgt sejak dua mnjak ni, macam2 jadikk kat aku..
byk ujian dan cobaan yg aku terima sampaikan rasa down dan blurr otak aku ni..
Ya Allah, duhai hati La Tahzan (jangan bersedih) selagi masih ada kekuatan yg Allah beri..

Terlalu byak sgt benda yg buat aku terasa..ada yg cakap aku dah tenbamm lahhh but bnda tu bukan motif aku sedih , hehe :p
Butttt one thing yg aku tak boleh terima bila ada orang cakap aku suka terover lebihla and paling aku sakit hati ada orang cakap aku " GEDIK " !!! WHY? WHY? WHY?





haha, ni baru namanya gedik ! (sore eye)
aku blom kategori mcm ni lagi k...





Nevermind lhahhh kan, setiap insan xlari drp bt ksilapan, aku tak rasa over dan gedik tu satu kesilapan tetapi tu adalah satu sikap or perangai seseorang.
Ada hamba Allah ni pnah cakap pada aku, sesungguhnya insan yg banyak ketawa dan senyum dihadapan org lain sbenarnya byak menangis apabila keseorangan. Aku menganggap itu satu teori yg sgt bagus, sbb aku sendiri mengalaminya.

Dan...for today birthday org yg aku syg but takda  makna sume tu utk hari ni sbb ada la sbb2 yg xpatut dishare kan...
hmm...bukan mudah kita nak bg peluang dekat org tambah2 lagi bila hati dah kecewa and then perasaan kita dorg buat like a bitch je ! (ooopppsss sorryy )

Mungkin...ada hikmah disebalik sume ni..
sabar wahai hati for ending that post !

okay , PUBLISH :)






Saturday, April 28, 2012

kenangan itu pahit lagi indah

Assalamualaikum :D
haisshh, mood era arini sgguh jiwang bagai nak rak sikit.
biasa lhaa tengah angau di lamun tettttttt!!!! no comennt lebey2. hehe
kalau tgok tajuk pon mesti korang dah dapat tangkap kan ape yg era nak cerita. posting pada kali ni era nak sangat cerita tentang kenangan2 era bersama dgn lelaki2 yg pnah hadir dalam hidup era dulu.tiba2 terdetik nak bt posting tentang ni malam tadi, tp harini baru berkesempatan nak tulis.. 
era arap korang hayati la sikit short story yg xseberapa ni. peace!!! 
Ceritanya bermula disisni.......
Seawal usia era 14tahun baru je form2 ketika tu,seingat era pada bulan march tahun 2007 era mulakan satu perkenalan dengan seorang lelaki bernama (nama paggilan : O/Hazrul). ketika tu era di form2 dan hazrul di form5 tapi kitorang lain2 skola lah cuma dalam satu area jugakla..selama era kenal hazrul,banyak sangat kenangan kami bersama,boleh katakan setiap minggu mesti brjumpa sbb rumah kami xdala jauh sangat..
pada mula prhubungan era hepi sangat dengan hubungan kami tu sebab hazrul ni seorang yg caring tentang masalah era tapi bila smakin mgenali diri die era mula terasa hidup era trkongkong, sedangkan mak era sendiri tak penah larang apa era nak bt, ape sendiri pon tahu batas2 dalam hidup ni..
sampaila......satu ketika,hubungan kami dah pon 2tahun,time tu era form4 dan hazrul dah 19tahun. era ambil keputusan untuk putuskan hbungan sbb era rasa die mmg xsesuai dgn era & family pon xberapa suka era brkawan dgn die. banyak sangat faktor kenapa era nak putuskan hbungan dgn die..(biarlah rahsia) hehe :X


secondly, Pada tahun yg sama,dan bulan yg sama era putus dgn first love era tu (first love la sangat! buweerrkk) era mula brmain mata, cinta & hati dgn seorg mamat ni, (nama panggilan : mad***). mdnor ni classmate era time form4 & form5. main cinta dgn mdnor ni pon sbb kes kawan2 era la si Ain, Ita & Iqah punya fassal sibuk dok kanengg2kan kitorang..tp relationship kitorang xpanjang just berapa mggu je sebab dihalang oleh si Hazrul coz die igt era putus dgn die sbb si mdnor ni. so, pendekkan cerita si mdnor ni selalu la kene ugut dgn barua2 si Hazrul jangan kacau era lagi. and then kitorang stop hbungan yg xboleh bla ni dlm brapa mggu je, rasanya time tu tgh bulan pada tahun 2009 era form4...(entah2 pape couple dgn classmate) HAHA :D


thirdly,pada tahun yg sama pada tahun 2009 era form4 lagi time tu..menjelang hari lebaran,nak beraya punya citela ni..pagi raya tu era bangun macam biasa kemas2 rumah sikit2, pastu mandi brsiap pegi smbahyang raya dgn mak..
balik pada surau just dok trbgkang dpan tv xpegi mana2 tggu org datang beraya..topp2 tiba kawan baik era dtg (normi/satu kampung)..normi ni bawakla sepupu sepapat die..trbeliak mata era bila die bawak sorg mamat tggi lampai ni dtg umah era,mcm familiar gila je tgok (padahal memang kenal pon). hehe actually yg normi bawak tu cousin die n era kenal die dah lama sejak dari form2 lagi,dulu kitorang slalu contact guna public phone haha zaman pramatang la katakan guna public phone je tp lepas brapa bulan tu lost contact sbb era slalu tukar no phone..bermula kat sini la kitorang brpandangan n si hafiz dgn prangai gelojohnya terus mintak no era dekat si normi ni tp era cakap kt normi jangan bagi suruh hafiz ni mintak sendiri (pemalu jugak hafiz ni) hehe..pada raya ke-4 era terima satu misscall drp no yg tdk dikenali,n then era terus call nk tanya siapa tp akak operator tu yg jawab. hampehh toiii! pastu secrect no ni td sms brbunyi camni "ni hafiz, jgn call hafiz kt umah opah" haha poddahhh malu sangat la kan..
pastu kitorang brmula kisah cintanya...hafiz melamar jadi gf die, lagipon time tu era dah dekat 6bulan lebih kot single, saje gatai nak cari pasai bercouple pulak..hehe (miang keladi wewewe mak era cakap)
khbungan era dgn si hafiz ni xadala istimewa sgt sbb time tu era di perak n hafiz stay di KL, cinta jarak jauhla katakan tp era slalu pegi KL time cuti n time tu la kitorang spent time kluar nyongnyongnyong sama2.haha
hbungan kitorang hanya kekal slama dekat 1tahun, era xbrapa senang dgn cara die..dalam erti kata lain hafiz ni mcam prangai si hazrul tu..lagipon family era xbrapa suka dgn die sbb hafiz ni agak liar n sosial, era putus dgn die pon atas sebab era terlalu pikirkan masa depan era..tp mmg susahla nk lupakan mamat ni,die dah big impact yg mndalam dlm hdup era slama bercoupling dgn die....Now.semua tu hanyalah sejarah..........:'(

sebenarnya dari sini , kita dapat menilai zaman remaja tu sangat bernila dan disitu la kita tercari2 dimana diri kita sebenarnya, walaupon itu hanyala satu knangan yg dianggap "CINTA MONYET" dan pahit bg kita tetapi ia sngat indah bila kita mnenangkan nya :) bersyukurla kita kehadrat ilahi dgn bertaubat kepadanya , aminnn :)









sabarlah duhai hatiku

Assalamualaikum , astarfirullahalazim dah lama sangat agaknya era
tak update blog n sgalanya di pondok kecil lagi usang ini , hehe
smenjak menjejakkan kaki ke Politeknik sampai la dah habis sem1 ni baru rasanya ada terdetik nak update blog untuk kesekian kalinya.hehe jangan marah , busy sikit la katakan :)

Aduhai tengok tittle  pon dah sadis kan, mcm tu la ceritanya era dua tiga hari ni , sayu sangat bila masalah dtg bertubi2 dan hanya Allah s.w.t sahaja dapat mgetahui , susah bila kita nak puaskan hati semua orang kan ? walau mcm mana skali pon hidup perlu diteruskan , era kena kuat ! era kena tabah ! kata2 tu la kekuatan era slama ni. Hanya maha pencipta dapat mndengar tangisan sbenar daripada lubuk hati era , dan dia sahaja lah yg dapat menjudge sgala prbuatan era slama era hidup ni.

Sedih...terlalu sedih bila mngenangkan nasib kita, masalah datang brtubi2 tapi hanya satu kita kena percaya pada ilahi iaitu "Apabila kita diturunkan ujian kita kena sedar bahawa Tuhan itu sayang pada kita". Ya Allah kau kuatkan semangat aku sbagai hambamu yang selalu lalai ya Allah. Hanya tuhan dpt mndengar sgala rintihan dan doa yg kita taburi, jangan sesekali putus asa kerana disitu kita dapat lihat kekuatan iman kita.
Alhamdulillah ! itu saja yg dapat era katakan untuk menenagkan hati yg sedang dilanda musibah, menangislah duhai hatiku agar kau puas untuk meluahkan sgalnaya yg kau simpan agar ia tidak berapi di dalam menjadi bara  dendam kesimat. sayup di hujung tangisan keluar satu perkataan agar dapat menenangkan kembali segala emosi di dalam fikiran "SABARLAH DUHAI HATIKU" . 
Kita kena percaya yg dugaan tu dtg pd setiap org yg diciptakan oleh Allah s.w.t , sbb tu la hakikat dan realitinya. sanggup atau tak kita kena hadapi dengan tabah dan tenang. Banyak aspek yg mmbuatkan kita diruntun kesihan terutamanya "CINTA" !!! hanya takdir dapat menentukan sgalanya , PERCAYALAH ! Allah s.w.t itu maha adil , percayala kalau ada jodoh tidak kemana sesebuah hbungan itu , apabila kita mencintai , menyayangi dan mengasihi tak semestinya kita akan memilikinya....SEKIAN :'(




Friday, October 7, 2011

main game~



Gf : Kita main satu game nak tak ?
Bf : Game apa ?
Gf : Mcam ni , esok awak tak paya contact saya . Mksudnya tak paya text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok spea menang .
Bf : Okay !


Esoknya , si Bf terpksa lah than rindu dkat Gf . Mengenangkan yng ni satu permintaan , si Bf cuba kuatkan hati .

Keesokkan harinya , si Bf call si Gf . Tapi tak dijwab . So si Bf pegi dkat ruma Gf dia . Di luar ruma ,rmai orng . Dia mula rasa pelik then trus msok ke ruma . Sekujur tubuh terbaring kaku di tnga ruma . Dan tubuh tuu adalah jasad si Gf yng dah meninggal . Mak si Gf pun bagi surat dkat BF .
Surat yng bertulis :


Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . Love you ♥












Thursday, October 6, 2011

kahwin muda


picture pasangan pengantin dgn vespa ni tada motif  kot.. (gediX)

Perkahwinan muda adalah digalakkan kerana merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan gejala sosial pada waktu ini. Statistik juga menunjukkan peningkatan kes pembuangan bayi antara tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa masalah sosial semakin berleluasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan perkahwinan muda. Tetapi, pasangan yang ingin berkahwin muda haruslah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang berkemungkinan akan dialami.



Kadar perceraian- Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian antara pasangan yang berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang dewasa. Ini berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut. Sebaiknya, pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri dari segi mental mahupun fizikal terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Pastikan anda telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Psikologi- Apabila anda sudah bersedia untuk berkahwin, anda perlu memahami mengenai konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini merupakan masalah utama untuk pasangan muda kerana mereka masih tidak bersedia untuk melakukan perubahan. Sekiranya anda masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui sebelum ini, sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga anda. Perkara ini seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda menghadapinya.Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik.
Tekanan keluarga- Sememangnya, pasangan muda akan mendapat lebih tekanan daripada keluarga. Terutamanya terhadap pasangan yang masih bergantung dari segi kewangan. Cuba elakkan masalah ini secepat mungkin. Sebaiknya, kepada sesiapa yang telah merancang untuk perkahwinan muda, pastikan anda dapat elakkan daripada pergantungan ini. Kehidupan tidak perlulah terlalu mewah, cukup sekadar anda sudah mampu untuk berdikari bersama pasangan. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menerima pelbagai tekanan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.
Sekiranya anda telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk anda berkahwin pada usia yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga anda, sebagaimana ibubapa anda cuba memberikan yang terbaik untuk anda.
copy paste : by up to mu

tercopy la pulak article ni dekat blog up to mu..rasa macam best pulak baca..hahaha
tada niat ape cuma baca dan share sebagai info berguna kepada golongan couple yang masih muda2 ni..pada yang sudah membaca renung2kan lah..~wakakakakak (gelak gatai)